Powered by Blogger.

Wednesday, 24 February 2016

Lobak Merah Bagus Untuk Kesihatan?



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit kebaikkan lobak merah (carrots)

Tahukah anda lobak merah ini dikategori dalam kumpulan sayuran "taproots". Warna lobak merah ini kebiasannya berwarna oren dan mempunyai saiz 7 hingga 9 inci.

Kenapa anda perlu memakan lobak merah ini?

Di dalam lobak merah ini mengandungi kandungan seperti fiber, potassium, vitamin B6, vitamin A dan juga vitamin C dan juga ia mengandungi carotenes yang mana bagus untuk mereka yang ada diabetes. Selain itu ia juga turut mengandungi beta-carotene membantu untuk penglihatan waktu malam.

Berdasarkan rujukan yang saya baca lobak merah ini bagus untuk mereka yang mempunyai diabetes, emphysema dan juga untuk penglihatan.

Bagi mereka yang mempunyai diabetes, lobak merah ini bagus untuk membuat insulin meraka lebih efektif dan dapat meningkatkan blood glucose control.

Selain itu, ia juga turut membantu penglihatan pada waktu malam. Hal ini kerana kandungan beta-carotene yang adalah didalam lobak merah ini yang mempunyai antioxidant memberi perlindungan terhadap macular degeneration.

Jadi mari sama-sama kita amalkan permakanan lobak merah ini.

About Ahmad Hasif

2 comments:

  1. betul..dari baby pun patut bagi lobak..

    ReplyDelete
  2. wah bagos la gini sebab akak anak beranak sume suka makan lobak...anak akak yg kecik tu suke gila...makan mentah gitu2 je...sedap dan manis sangat

    ReplyDelete

Jangan Lupa Tick Notify Me untuk Maklum Balas. :)