Powered by Blogger.

Tuesday, 23 February 2016

Resepi Kek Pisang Sedap Mudah & Murah

Kek Pisang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit resepi kek pisang sedap mudah & murah.

Saya sendiri telah mencubai resepi ini memang sedap jadi anda dirumah boleh lah cuba ya. Senang sahaja buat ia.

Peralatan yang diperlukan adalah :-
  1. cawan penyukat yang ada tulis cup2 tu.
  2. oven
  3. bekas untuk membakar kek
  4. mesin pengisar untuk proses adunan

Bahan - bahan yang diperlukan adalah :-
  1.  2 cups all purpose flour
  2. 1 sudu kecil sebuk penaik
  3. 1 sudu kecil vanilla essance
  4. sedikit garam
  5. 3 biji telur
  6. 1/2 oren punya juice
  7. 3/4 cup gula castor
  8. 3/4 butter
  9. 3 biji pisang
  10. sedikit coklat cip ikot anda nak letak berapa banyak.

Cara-cara nya adalah :-
  1.  amik butter dan gula kisar menggunakan mixer sehingga ia berwarna pale yellow dan kembang.
    Mixer
  2. sementara tunggu untuk butter tu kembang sediakan 3biji telur dan 3 biji pisang, pisang itu perlu dilenyek-lenyekkan.
    3 Biji Telur & 1 Sudu Perisa Vanila
    3 biji pisang yang telah dilenyekkan
    Saya guna lemon sedikit untuk gantikan oren. lebih kurang 1 sudu besar
  3. Setelah butter itu bertukar menjadi pale yellow, masukkan telur sebiji demi sebiji dan letakkan perisa vanilla, juice oren tadi dan sedikit garam. Pukul sehingga menjadi creamy.
  4. Selepas itu, masukkan pisang yang telah dilenyek-lenyek tadi tu sedikit demi sedikit, dan pukul sehingga menjadi rata.
  5. Dah siap. Masukkan tepung dan pukul hingga menjadi sebati dan masukkan coklat cip.
  6. Siap sedia masukkan kedalam bekas untuk dibakar.
  7. Suhu oven adalah 176 darjah celcius selama 30 - 40 minit.. Ini oven saya saya la.. Ataupun sehingga ia masak berwarna perang. Nak tahu dah masak ke belum cucuk kek dengan lidi tengok kalau tak de melekat maknanya masak dah tu.
Kek pisang yang telah siap dibakar

Selamat mencuba... 

About Ahmad Hasif

2 comments:

  1. Senang jak nak buat rupanya hihi tp, x suka sgt mkn kek pisang, tak tau lah kenapa huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah senang jer..
      Boleh cuba x sama dgn beli yg dh siap..
      Mne taw boleh jatuh suka dkt kek pisang..

      Delete

Jangan Lupa Tick Notify Me untuk Maklum Balas. :)